Blogger Layouts

Wednesday, March 30, 2011

Tugasan Kumpulan

~the making of Marine's life Aquarium~

Video ini dihasilkan untuk tujuan alat bantu mengajar bagi pelajar-pelajar kurang upaya. Ini akan menggalakkan para pelajar berfikiran kreatif serta memberikan suasana yang menyeronokkan semasa aktiviti ini dijalankan. selain itu, para guru boleh menjadikan aktiviti ini dalam usaha untuk memperkenalkan haiwan-haiwan di dasar lautan.




Monday, March 21, 2011

BAHAGIAN 3 ~Bahan Bukan Elektronik~


ANGSA ORIGAMI
Assalamualaikum dan salam sejahteraJ.
Entri kali ini akan memaparkan 10 gambar ANGSA ORIGAMI yang diambil daripada beberapa sudut yang berlainan. Tugasan individu kali ini adalah hasil daripada kuliah pembelajaran FOTOGRAFI. Angsa ini diperbuat daripada kertas A4 atau kertas terpakai atau boleh juga menggunakan kertas surat khabar.

1. Long Shot


2. Pandangan Hadapan


3. Pandangan Belakang


4. Pandangan sisi


5. Micro


6. Pandangan Atas


7. Medium shot 


8. Angle shot 1


9. Angle shot 2


10. Angle shot 3


 Angsa origami ini boleh digunakan sebagai hiasan ataupun sebagai bekas pensel diatas meja belajar anda J


Anda juga boleh mencubanya sendiri dirumah:-)


****setinggi penghargaan kpd Ada, Farah, Wanie, Izyan, Sha, Aimie, & Nas**** 





                                               
























Saturday, March 5, 2011

BAHAGIAN 2 ~10 Koleksi Video Teknologi & Inovasi~


1. Kereta elektrik masa hadapan


2. Kereta Teknologi Jepun



3. Tetikus komputer 


4. Pengangkutan udara persendirian


5. "Sticky note" canggih


6. Iklan Kreatif Animasi Pembuatan Kereta


7. Robot Bermain Violin


8. Kertas Masa Hadapan


9. Mesin Siput Moden


10.Mesin Pengolahan Sabut Kelapa


Wednesday, March 2, 2011

~Isu Teknologi Dalam Pendidikan~


Penggunaan Unsur Animasi Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran diadakan, adalah sangat penting untuk memberikan penyampaian pengajaran yang menarik agar para pelajar dapat memahami sesuatu tajuk dengan baik. Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran sangat membantu pemahaman pelajar. Salah satu cara adalah penggunaan animasi. Animasi merupakan satu elemen multimedia dalam bidang teknologi. Animasi bermaksud suatu paparan visual yang menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup. Sebagai contoh, video di bawah menunjukkan gambaran kitaran air.


Melalui animasi seperti video di atas, para pelajar akan lebih mudah untuk memahami tentang bagaimana kitar air berlaku jika dibandingkan hanya semata-mata penerangan daripada guru secara lisan. Melalaui pembelajaran begini, para pelajar merasa lebih seronok dan interaksi antara guru dan pelajar juga akan meningkat. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan juga dapat dibangkitkan.
Persembahan secara visual animasi akan memudahkan proses penerangan konsep atau boleh dikategorikan sebagai demonstrasi sesuatu kemahiran. Ia akan membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat dan seterusnya penyimpanan maklumat adalah dalam tempoh masa yang lama.
Selain itu juga, ia boleh merangsang para  guru dan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Guru atau pengajar akan memikirkan cara bagaimana untuk menghasilkan satu visual animasi yang boleh menarik perhatian para pelajar, manakala para pelajar akan berfikir tentang kerelevenan visual tersebut.Di samping itu, penyampaian mesej secara animasi adalah lebih pantas daripada lisan.
Oleh itu, para pendidik harus memanfaatkan teknologi sekarang dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kemajuan dan perkembangan teknologi pada hari ini,banyak perisian yang boleh dugunakan untuk menghasilkan animasi-animasi yang menarik dan interaktif seperti flash player.


tugasan lepas:
GGGE2123~Bahagian 1

Wednesday, February 9, 2011

BAHAGIAN 1 ~10 KOLEKSI GAMBAR berkaitan TEKNOLOGI & INOVASI



1.      PENA DIGITAL AL-QURAN


Institut Ilmu Al-Quran (IIQ) Jakarta melancarkan sebuah produk baru berupa pena digital untuk mempermudah belajar membaca Al-Quran. Hanya dengan menyentuhkan pena tersebut pada ayat-ayat dalam mushaf yang dilengkapi dengan plastik mika khusus, secara automatik akan  suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Rektor Institut Ilmu Al-Quran KH Ahsin Sakho Muhammad di stand IIQ saat mempamerkan produk baru itu di pameran MTQN XXII Kota Serang, Banten, mengatakan, pena digital itu lebih efektif jika dibandingkan dengan kaset atau CD. Kalau kaedah biasa menggunakan kaset dan CD atau belajar dengan guru, ini lebih mudah kerana pengguna mampu belajar sendiri lengkap dengan tajwid dan 7 lagu. Setiap orang boleh memilih ayat-ayat tertentu yang diinginkan dengan menyentuhkan pena digital, dan boleh dilakukan berulang-ulang jika memang belum difahami dengan betul. Saat pen tersebut disentuhkan dalam mushaf secara automatik akan keluar suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Dalam rakaman pena digital tersebut, ada tujuh lagu yang dilantunkan oleh qari Muammar ZA danqoriah Maria Ulfah, lengkap dengan tajwid yang sudah diuji oleh pentashih dari pihak studio dan pentadbiran Agama.





2.      INOVASI BASIKAL

Ini bukan beg untuk meletak barangan. Tapi merupakan basikal yang boleh dilipat menjadi beg. Beg atau basikal ini turut dilengkapi dengan pembesar suara dalaman.



3.      BEG TANGAN ANTIRAGUT

Rekaan ini dinamakan ‘Blotch’.Rekaan ini menggunakan sistem beg udara yang diubah suai mengikut kesesuaian dan dijana karbon dioksida. Dengan menggunakan ‘Blotch’ ini, peratusan keselamatan mangsa ragut lebih tinggi, begitu juga dengan keselamatan barangan milik mereka. Ini kerana sebaik sahaja peragut cuba menarik beg mangsa, salah satu pemegang beg berkenaan bertindak sebagai picu yang akan mengaktifkan sistem beg udara yang terdapat di dalamnya.Tindak balas gas (karbon dioksida) berkenaan akan mengakibatkan keseluruhan bahagian dalam beg berkenaan ‘meletup’. Ini akan membuatkan peragut panik kerana sebaik ‘letupan’ berlaku, semua barang yang ada dalam beg itu akan berselerak di atas jalan raya.



4.      SEJADAH KIBLAT

Sejadah kiblat ini dicipta oleh Soner Ozenc dan diberi nama Sajaddah 1426 sempena tahun hijrah yang direka (2005). Sejadah ini ditenun dengan teknologi Electro Luminescent Phosphore Painting dimana benang tersebut boleh menyala seperti kabel optik. Kecerahan benang tersebut bergantung kepada arah kiblat. Apabila sejadah menghadap kearah kiblat yang betul maka kecerahan benang tersebut adalah pada tahap maksimum. Aplikasi kompas digunakan dalam teknologi ini.


 

5.      MESIN WUDU’ AUTOMATIK

Mesin wudu’ automatik ini direka bagi memudahkan seseorang untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model pertama digunakan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat di Masjid manakala model yang kedua direka untuk kegunaan di rumah. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria.


6.              KAMERA KEMBAR DASH CAM DUALLY
Dash Cam Dually sendiri adalah peranti kamera kembar dengan kemudahan pengesanan GPS dan fungsi mengesan kelajuan. Alat ini mempunyai dua kamera 1.3 megapiksel built-in untuk menangkap situasi di depan kereta anda dan juga apa yang berlaku di dalam kereta anda. Alat ini dilengkapi dengan 4 (empat) LED untuk menerangi bahagian dalam kenderaan semasa turun video pada malam hari. Hebatnya lagi, Dash Cam Dually ini dilengkapi dengan ciri-ciri built-in GPS receiver yang mencatat lokasi, kelajuan, dan arah Kenderaan anda saat itu. Terdapat pula built-in G-Shock sensor yang akan merasakan perubahan drastik dalam g-force, dan secara automatik terdata dalam sebuah rakaman.Dan rakaman yang ada akan disimpan dalam SD card dengan kemampuan SD Card Reader yang telah disediakan. Selain itu, peranti ini juga boleh diintegrasikan dengan kewujudan Google Map.




7.   ELECTRO HEALTH WARMER/BANTAL PANAS/TUNGKU MODEN




Produk ini diperbuat daripada teknologi yang canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan. Ia diperbuat daripada plastic bermutu tinggi yang lembut bahannya serta anti kuman / bacteria. Cecair di dalamnya mengandungi air garam bukit dan gel, ia hanya diisi sekali sahaja dan dapat digunakan selama-lamanya, cuma charge selama 10 minit,selepas lampu indicator terpadam, bantal panas boleh terus digunakan dan ia tidak berbau. Bantal panas kesihatan ini tahan lama dan suis kawalannya dapat menyelaraskan kepanasan cecair di dalamnya secara automatic di mana ia dapat mengelakkan suhu yang berlebihan. Jaringan wayar kelulinya dapat menyalurkan kepanasan dengan mudah sekali dan sekata. Saiz tungku berukuran 28cm x 18 cm. Bantal ini bagus untuk melegakan artistis, sakit mata, sakit servikal vertebra, kepanasan badan, sakit kepala, sakit bahu, sakit gigi, melegakan ketegangan pada leher, belakang badan, tergeliat, lenguh sendi, sakit perut (senggugut) serta berat badan dan lain-lain lagi. Bantal panas ini mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja dan sesuai untuk lelaki dan wanita. Anda tidak perlu lagi bakar batu Sungai utk bertungku. Harganya amat berpatutan dan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.

 

8.      ROLLER BUGGY


Sebuah kereta dorong bayi yang juga dilengkapi dengan skuter manual di mana kita boleh membawa  kereta bayi sambil menaiki skuter ini. Jadinya anda tidak perlu terlalu lelah hanya untuk mendorong kereta bayi. Roller Buggy juga boleh dilipat dan tempat duduk untuk bayi sendiri boleh diganti sesuai keinginan.

9.              PERABOT LIPAT
Sebuah perusahaan perabot di Jepang, Atelier OPA, merilis sebuah seri perabot yang sangat kreatif yang disebut Kenchikukagu. Konsep perabot ini adalah sebuah perabot yang sangat kompak, memudahkan dalam penyimpanan serta pengiriman. Perabot   ini dapat dilipat menjadi sebuah kotak.






10.       BEG PINTAR KANAK-KANAK

Selain daripada mengurangkan sakit bahu di kalangan kanak-kanak, beg ini juga memberikan keseronokan kepada mereka apabila boleh diubah menjadi skuter mini. Ia turut mempunyai kapasiti storan yang baik dengan beberapa bahagian yang diasingkan untuk buku, alat tulis, botol air, fail dan lain-lain.


Tuesday, January 25, 2011

Insulin Semulajadi Membakar Lemak & Membina Otot

Insulin dirembeskan dari pankreas dan bertanggungjawab untuk menentukan samada target fitness anda berjaya ataupun gagal. Insulin boleh menggalakkan pertumbuhan otot dan juga boleh meningkatkan pengumpulan lemak di dalam badan.

Selepas anda mengambil pelbagai makanan yang mengandungi karbohidrat, protein atau lemak, majoriti dari makanan tersebut akan ditukarkan kepada gula (glukosa) dan dilepaskan ke dalam aliran darah.

Bayangkan otot-otot anda seperti gedung penyimpanan yang mempunyai ruang simpanan yang terhad. Apabila ruang simpanan otot-otot dan hati anda sudah penuh, insulin akan membawa muatan glukosa berlebihan ke tempat lain. Malangnya ruang yang tinggal untuk penyimpanan glukosa di dalam badan anda hanyalah sel-sel lemak. Jadi insulin juga boleh menggalakkan penyimpanan lemak.

Memandangkan insulin mempunyai dua fungsi yang anda mahukan dan tidak mahu, anda perlu belajar untuk mengawal kadar insulin anda bagi memaksimumkan faedah-faedah pembinaan otot dan mengurangkan kadar pengumpulan lemak.

Bagaimana untuk mengawal dan memanipulasikan kadar insulin melalui pilihan makanan anda?
Karbohidrat
Jika sejumlah besar karbohidrat diambil secara bersendirian kadar gula dalam darah akan meningkat dan menyebabkan penghasilan insulin yang banyak.
Protein
Protein tidak menyebabkan kadar penghasilan insulin sebanyak karbohidrat. Dianggarkan 60% dari protein akan ditukarkan kepada glukosa di dalam aliran darah anda.
Dengan mengambil lebih karbohidrat di dalam protein anda, hanya sedikit protein akan ditukarkan kepada glukosa, bermakna asid amino di dalam protein mempunyai lebih peluang untuk digunakan bagi pembinaan tisu otot.
Lemak
Lemak hanya mempunyai 10% peluang untuk mempengaruhi kadar gula dalam darah dan bila diambil akan dipecahkan kepada asid lemak dan gliserol.
Ingat...apabila ruang simpanan hati dan otot sudah penuh, glukosa berlebihan akan disimpan didalam sel-sel lemak.
Bilakah waktu dimana ruang simpanan di dalam otot dan hati anda kosong?
Waktu sarapan, semasa dan selepas senaman (kardio atau latihan bebenan). Inilah 3 masa utama badan anda akan menggunakan sepenuhnya kesan anabolik dari kadar insulin yang tinggi dengan peluang yang sangat sedikit untuk pengumpulan lemak.
Kesimpulannya, waktu di mana kadar insulin yang tinggi adalah penting di dalam badan anda adalah ketika sarapan, semasa latihan dan sesudah latihan. Pada masa ini pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh membantu pertumbuhan otot-otot tanpa berlakunya pengumpulan lemak.