1. PENA DIGITAL AL-QURAN
Institut Ilmu Al-Quran (IIQ) Jakarta melancarkan sebuah produk baru berupa pena digital untuk mempermudah belajar membaca Al-Quran. Hanya dengan menyentuhkan pena tersebut pada ayat-ayat dalam mushaf yang dilengkapi dengan plastik mika khusus, secara automatik akan suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Rektor Institut Ilmu Al-Quran KH Ahsin Sakho Muhammad di stand IIQ saat mempamerkan produk baru itu di pameran MTQN XXII Kota Serang, Banten, mengatakan, pena digital itu lebih efektif jika dibandingkan dengan kaset atau CD. Kalau kaedah biasa menggunakan kaset dan CD atau belajar dengan guru, ini lebih mudah kerana pengguna mampu belajar sendiri lengkap dengan tajwid dan 7 lagu. Setiap orang boleh memilih ayat-ayat tertentu yang diinginkan dengan menyentuhkan pena digital, dan boleh dilakukan berulang-ulang jika memang belum difahami dengan betul. Saat pen tersebut disentuhkan dalam mushaf secara automatik akan keluar suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Dalam rakaman pena digital tersebut, ada tujuh lagu yang dilantunkan oleh qari Muammar ZA danqoriah Maria Ulfah, lengkap dengan tajwid yang sudah diuji oleh pentashih dari pihak studio dan pentadbiran Agama.
2. INOVASI BASIKAL
Ini bukan beg untuk meletak barangan. Tapi merupakan basikal yang boleh dilipat menjadi beg. Beg atau basikal ini turut dilengkapi dengan pembesar suara dalaman.
3. BEG TANGAN ANTIRAGUT
Rekaan ini dinamakan ‘Blotch’.Rekaan ini menggunakan sistem beg udara yang diubah suai mengikut kesesuaian dan dijana karbon dioksida. Dengan menggunakan ‘Blotch’ ini, peratusan keselamatan mangsa ragut lebih tinggi, begitu juga dengan keselamatan barangan milik mereka. Ini kerana sebaik sahaja peragut cuba menarik beg mangsa, salah satu pemegang beg berkenaan bertindak sebagai picu yang akan mengaktifkan sistem beg udara yang terdapat di dalamnya.Tindak balas gas (karbon dioksida) berkenaan akan mengakibatkan keseluruhan bahagian dalam beg berkenaan ‘meletup’. Ini akan membuatkan peragut panik kerana sebaik ‘letupan’ berlaku, semua barang yang ada dalam beg itu akan berselerak di atas jalan raya.
4. SEJADAH KIBLAT
Sejadah kiblat ini dicipta oleh Soner Ozenc dan diberi nama Sajaddah 1426 sempena tahun hijrah yang direka (2005). Sejadah ini ditenun dengan teknologi Electro Luminescent Phosphore Painting dimana benang tersebut boleh menyala seperti kabel optik. Kecerahan benang tersebut bergantung kepada arah kiblat. Apabila sejadah menghadap kearah kiblat yang betul maka kecerahan benang tersebut adalah pada tahap maksimum. Aplikasi kompas digunakan dalam teknologi ini.
5. MESIN WUDU’ AUTOMATIK
Mesin wudu’ automatik ini direka bagi memudahkan seseorang untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model pertama digunakan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat di Masjid manakala model yang kedua direka untuk kegunaan di rumah. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria.

6. KAMERA KEMBAR DASH CAM DUALLY
Dash Cam Dually sendiri adalah peranti kamera kembar dengan kemudahan pengesanan GPS dan fungsi mengesan kelajuan. Alat ini mempunyai dua kamera 1.3 megapiksel built-in untuk menangkap situasi di depan kereta anda dan juga apa yang berlaku di dalam kereta anda. Alat ini dilengkapi dengan 4 (empat) LED untuk menerangi bahagian dalam kenderaan semasa turun video pada malam hari. Hebatnya lagi, Dash Cam Dually ini dilengkapi dengan ciri-ciri built-in GPS receiver yang mencatat lokasi, kelajuan, dan arah Kenderaan anda saat itu. Terdapat pula built-in G-Shock sensor yang akan merasakan perubahan drastik dalam g-force, dan secara automatik terdata dalam sebuah rakaman.Dan rakaman yang ada akan disimpan dalam SD card dengan kemampuan SD Card Reader yang telah disediakan. Selain itu, peranti ini juga boleh diintegrasikan dengan kewujudan Google Map.

7. ELECTRO HEALTH WARMER/BANTAL PANAS/TUNGKU MODEN
Produk ini diperbuat daripada teknologi yang canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan. Ia diperbuat daripada plastic bermutu tinggi yang lembut bahannya serta anti kuman / bacteria. Cecair di dalamnya mengandungi air garam bukit dan gel, ia hanya diisi sekali sahaja dan dapat digunakan selama-lamanya, cuma charge selama 10 minit,selepas lampu indicator terpadam, bantal panas boleh terus digunakan dan ia tidak berbau. Bantal panas kesihatan ini tahan lama dan suis kawalannya dapat menyelaraskan kepanasan cecair di dalamnya secara automatic di mana ia dapat mengelakkan suhu yang berlebihan. Jaringan wayar kelulinya dapat menyalurkan kepanasan dengan mudah sekali dan sekata. Saiz tungku berukuran 28cm x 18 cm. Bantal ini bagus untuk melegakan artistis, sakit mata, sakit servikal vertebra, kepanasan badan, sakit kepala, sakit bahu, sakit gigi, melegakan ketegangan pada leher, belakang badan, tergeliat, lenguh sendi, sakit perut (senggugut) serta berat badan dan lain-lain lagi. Bantal panas ini mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja dan sesuai untuk lelaki dan wanita. Anda tidak perlu lagi bakar batu Sungai utk bertungku. Harganya amat berpatutan dan mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik.
8. ROLLER BUGGY
Sebuah kereta dorong bayi yang juga dilengkapi dengan skuter manual di mana kita boleh membawa kereta bayi sambil menaiki skuter ini. Jadinya anda tidak perlu terlalu lelah hanya untuk mendorong kereta bayi. Roller Buggy juga boleh dilipat dan tempat duduk untuk bayi sendiri boleh diganti sesuai keinginan.
9. PERABOT LIPAT
Sebuah perusahaan perabot di Jepang, Atelier OPA, merilis sebuah seri perabot yang sangat kreatif yang disebut Kenchikukagu. Konsep perabot ini adalah sebuah perabot yang sangat kompak, memudahkan dalam penyimpanan serta pengiriman. Perabot ini dapat dilipat menjadi sebuah kotak.
10. BEG PINTAR KANAK-KANAK
Selain daripada mengurangkan sakit bahu di kalangan kanak-kanak, beg ini juga memberikan keseronokan kepada mereka apabila boleh diubah menjadi skuter mini. Ia turut mempunyai kapasiti storan yang baik dengan beberapa bahagian yang diasingkan untuk buku, alat tulis, botol air, fail dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment