Penggunaan Unsur Animasi Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran diadakan, adalah sangat penting untuk memberikan penyampaian pengajaran yang menarik agar para pelajar dapat memahami sesuatu tajuk dengan baik. Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran sangat membantu pemahaman pelajar. Salah satu cara adalah penggunaan animasi. Animasi merupakan satu elemen multimedia dalam bidang teknologi. Animasi bermaksud suatu paparan visual yang menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup. Sebagai contoh, video di bawah menunjukkan gambaran kitaran air.
Melalui animasi seperti video di atas, para pelajar akan lebih mudah untuk memahami tentang bagaimana kitar air berlaku jika dibandingkan hanya semata-mata penerangan daripada guru secara lisan. Melalaui pembelajaran begini, para pelajar merasa lebih seronok dan interaksi antara guru dan pelajar juga akan meningkat. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan juga dapat dibangkitkan.
Persembahan secara visual animasi akan memudahkan proses penerangan konsep atau boleh dikategorikan sebagai demonstrasi sesuatu kemahiran. Ia akan membolehkan seseorang pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan maklumat dan seterusnya penyimpanan maklumat adalah dalam tempoh masa yang lama.
Selain itu juga, ia boleh merangsang para guru dan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Guru atau pengajar akan memikirkan cara bagaimana untuk menghasilkan satu visual animasi yang boleh menarik perhatian para pelajar, manakala para pelajar akan berfikir tentang kerelevenan visual tersebut.Di samping itu, penyampaian mesej secara animasi adalah lebih pantas daripada lisan.
Oleh itu, para pendidik harus memanfaatkan teknologi sekarang dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kemajuan dan perkembangan teknologi pada hari ini,banyak perisian yang boleh dugunakan untuk menghasilkan animasi-animasi yang menarik dan interaktif seperti flash player.
tugasan lepas:
GGGE2123~Bahagian 1
tugasan lepas:
GGGE2123~Bahagian 1
Penggunaan animasi dalam pendidikan merupakan salah satu alternatif yang berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah penggunaan animasi yang baik penting agar apa yang ingin disampaikan dapat diterima oleh semua pelajar. Antara kaedah tersebut adalah;
ReplyDelete1) Penggunaan teks yang ringkas tetapi padat adalah lebih baik dalam penggunaan animasi. Penggunaan ayat yang panjang hanya akan membuatkan pelajar mudah hilang tumpuan dan berasa bosan. Stail dan warna teks yang sesuai juga penting supaya mudah dibaca.
2) Pilihan grafik yang digunakan pula mestilah bersesuaian dengan kumpulan sasar dan sesekali tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
3) Penggunaan audio pula mestilah bersesuaian dengan isi kandungan dan program. Pastikan juga kesan audio ini tidak akan mengganggu persekitaran mahupun isi persembahan.
4) Video multimedia yang digunakan mestilah mengandungi maklumat yang realistik, mampu merangsang pelbagai deria, boleh diulang dan mempunyai kuasa kawalan. Ini penting bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
5) Paparan visual perlu bersesuaian dengan konsep pengajaran dan pembelajaran supaya mampu menarik minat pelajar serta pada masa yang sama dapat menyampaikan mesej dengan lebih mudah.
SITI KHADIJAH BT OMAR
A125169
TAHUN 3
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
SEM 2 2010/2011
MAKMAL 3, SELASA, 8-10 PM
Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat. Pelbagai kaedah baru diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna. Penggunaan animasi merupakan salah satu daripada kaedah baru yang mampu mencapai tujuan tersebut. Antara saranan yang boleh digunakan bagi meningkatkan keberkesanan animasi dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah:
ReplyDelete1) Menggunakan animasi interaktif dimana pelajar boleh melakukan peranan aktif dengan mengubah sesuatu nilai atau posisi bagi bahagian-bahagian tertentu dalam animasi tersebut. Contohnya seperti menjawab soalan latihan dan akan mendapat maklumbalas seperti jawapan yang betul serta cara penyelesaian terus menerus selepas menjawab soalan. Dengan ini, pelajar dapat tahu sejauh mana pemahaman mereka dalam subjek tersebut.
2) Animasi turut dapat mengalihkan perhatian pelajar sekiranya hiasan animasi yang tidak penting melebihi dari apa yang ingin disampaikan. Justeru itu, penggunaan efek dan animasi perlu diseimbangkan dan diselaraskan dengan subjek yang ingin diajar.
3) Di dalam animasi tersebut haruslah menggunakan teks yang ringkas tetapi padat, menggunakan typeface dan fon yang bersesuaian, pemilihan stail tulisan dan warna teks yang bersesuaian serta pastikan teks tersebut boleh dibaca.Ini untuk mengelakkan informasi yang ingin disampaikan tidak sampai kepada kumpulan sasar.
4) Kesan audio juga perlu dititikberatkan dalam animasi. Rasional penggunaan audio perlu diambilkira. Sekiranya audio mahu digunakan, pastikan pengguna mempunyai kuasa kawalan terhadapnya. Kuasa kawalan disini merujuk kepada kuasa mengawal ketinggian audio, memberhentikan audio dan sebagainya.
5) Grafik yang cantik dalam sesebuah animasi dapat menarik minat pelajar yang menontonnya. Grafik perlulah menggunakan kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi serta kategori grafik perlulah sesuai dengan keperluan tugas.
NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
A125102
TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3
ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?
ReplyDeleteIsu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.
NORSUHAIDA BINTI RASHID
A128064
PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
SEMESTER 2, SESI 2010/2011
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesatu langkah berkesan dengan mengaplikasikan animasi dalam pengajaran kerana:
ReplyDelete1) pelajar lebih berminat dengan subjek pengajaran.
2) timbul keinginan untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan topik pengajaran.
3) megurangkan rasa bosan dalam kelas kerana tidak bergantung sepenuhnya terhadap pengajaran lisan guru.
4) membuka daya pemikiran kreatif terhadap pelajar.
ROZANA MOHAMED RAZALI A128055
PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK) TAHUN 2
SEM 2 2010/2011
salam.
ReplyDeleteTerima kasih dengan info yang disampaikan. Saya amat tertarik dengan maklumat yang diberikan. Pada pendapat saya unsur animasi dalam pendidikan amat menarik kerana ianya dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari dan memahai sesuatu subjek tersebut. Selain itu, ianya juga dapat mengelakkan pelajar dari menjadi bosan ketika mengulangkajai pelajaran ataupun ketika sesi P&P [pengajaran dan pembelajaran]berlangsung.
FATIN FARHANA BINTI ZAKARIA
A127817
FSSK/2
TUTORIAL 8-10 MALAM, MAKMAL KOMPUTER 3. DEWAN BUDIMAN.
salam ..
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan cara penyampaian P&P dengan menggunakan animasi sebagai bahan bantuan mengajar.selain ianya menarik, ia juga sebagai cara baru untuk menyampaikan bahan pengajaran. Sebaiknya guru-guru perlu mempelajari kaedah yang lebih kreatif dan pelbagai dalam penyampaian P&P.
NOR NAJEHA BINTI MOHD BAKERI
A129848
PEMBANGUNAN MANUSIA,FSSK
TAHUN 2,SESI2010/2011
TUTORIAL SELASA 8-10 PM
MAKMAL KOMPUTER 3 DEWAN BUDIMAN
salam saudari,
ReplyDeletesaya bersetuju dengan pendapat saudari bahawa penggunaan animasi perlu dan penting digunakan dalam sisitem pengajaran. Animasi akan lebih menarik minat para pelajar kerana dalam animasi terdapatnya unnsur-unsur gambar bergerak,serta teknik-teknik lain.
Jika kita lihat teknik animasi ini masih belum digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran.Kini tibalah masanya agar dimensi pembelajaran di negara kita diubah sidikit demi sedikit.
NUR RADIA BINTI HARUN
A128048
FSSK/2
PEMBANGUNAN MANUSIA
salam..
ReplyDeletepara pendidik khususnya harus memanfaatkan teknologi sekarang dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kemajuan dan perkembangan teknologi pada hari ini,banyak perisian yang boleh dugunakan untuk menghasilkan animasi-animasi yang menarik dan interaktif seperti flash player.
SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
A127887
FSSK/2
Salam,
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan penggunaan elemen animasi dalam pendidikan. Elemen ini sangat sesuai untuk diterapkan kepada pelajar sekolah rendah. Kanak-kanak lebih cepat belajar dengan melihat paparan visual daripada 100 peratus verbal (kuliah)
Guru-guru juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu teknologi agar proses P&P berjalan dengan lancar. Guru-guru juga perlu bijak memilih animasi yang ingin ditayangkan kepada pelajar agar apa yang ingin disampaikan berkaitan dengan pelajaran
Sekian
MASTURA BINTI NASRUN SANI
A127641
FSSK/2
Sem 2, sesi 2010/2011
Video itu menunjukkan satu animasi yang sangat menarik. Otak manusia lebih senang mengingat apabila maklumat adalah dalam bentuk peta minda dan pergerakan berbanding dengan satu perenggan yang penuh dengan ayat. Pembelajaran secara interaktif ini adalah satu cara yang dapat menarik minat dan memudahkan seseorang menghafal satu-satu fakta.
ReplyDeleteNUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
A126692
FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)
Assalamualaikum Munirah,
ReplyDeletePenggunaan animasi di dalam proses P & P sememangnya dilihat sangat berkesan untuk menarik minat para pelajar. Bukan itu sahaja, malah dengan bantuan audio dan visiual dikatakan mampu meningkatkan daya kognitif seseorang. Mereka juga akan mudah mengingati apa yang disampaikan oleh gurunya. Oleh itu, golongan pendidik seharusnya bijak dan kreatif semasa menyampaikan ilmu, supaya pelajar-pelajar berasa semangat untuk belajar dan tidak berasa bosan.
SAKINAH BINTI RAMLI
A130757
TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
PSIKOLOGI,FSSK
SELASA 8-10 MALAM
MAKMAL 3
Assalamualaikum Nur Munirah,
ReplyDeleteSaya setuju dengan pendapat saudari ini. Animasi memang penting dalam sistem pembelajaran. Dengan penggunaan animasi ini, para pelajar lebih berminat untuk belajar dan tidak bosan. Kadang kala, pelajar lebih cepat memahami suatu perkara dengan adanya animasi ini. Maka, projek animasi ini perlu diperluaskan lagi unuk kesejahteraan masa hadapan. Sekian.
Roziana Binti Ab Rasit
A123927
FST/3 Sem 2 Sesi 2010/2011
Tutorial:Selasa 8 p.m
Penggunaan animasi adalah salah satu teknik mengajar yang berkesan kerana ia mengabungkan audio dan visual. Ia akan memudahkan pelajar untuk lebih memahami dan mengingati apa yang diajar oleh guru. Di harap animasi akan digunakan secara meluas di dalam proses pembelajaran di Malaysia.
ReplyDeleteMUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan
Animasi berupaya menarik perhatian pelajar dalam mendalami atau memahami sesuatu subjek. Hal ini demikian kerana unusr animatif itu yang menarik dan dapat memberikan penjelasan yang lebih jelas selain dapat merangsang pengingatan minda daripada hanya mendengar semasa guru mengajar. Nescaya, pelajar akan lebih dapat memahami subjek dengan lebih cepat.
ReplyDeleteFARIDAH HANIS BT HOOD
A130471
FSSK SEM 2/2010/2011
TUTORIAL SELASA 8 MALAM.